sejarah pegawai khidmat takmir Web  

buku lawatan

 
 eMail

Pelancaran web
anugerah web
arkib web

info:

In computer terms, a home page is the website an internet browser first visits when opened. A home page is often set to either an Internet portal or, if the computer is located inside an institution, the institution's website.
Home page may also refer to the front page of a website. The home page is a window to the website and usually best reflects the site's content. Home pages offer guidance through a website and often allow links to other areas of a web site.

Pelancaran Laman Web

Balai Ibadat Kampong Sengkarai Tutong.

 

Hindari maklumat yang berunsur negatif dan tidak mendatangkan faedah.


Globalisasi ilmu dan maklumat yang berperanan sebagai gedung ilmu jelas telah memainkan peranan penting dalam pembangunan negara. Alaf baru telah mendedahkan kita dengan era globalisasi ilmu maklumat yang serba canggih. Maklumat amat mudah didapati dan kita bebas memilih maklumat yang bagaimana kita kehendaki . Dalam hal ini kita harus sedar dan peka untuk mendisiplinkan diri dalam memilih maklumat yang sesuai. Mendapatkan maklumat yang berunsurkan negatif dan tidak mendatangkan faedah bukan saja membuang masa, tetapi juga merosakkan diri sendiri dan membazirkan wang ringgit. Yang Mulia Pengiran Haji Yusof Bin Pg.Kula Setiausaha Tetap KHEU, berucap demikian di majlis Pelancaran Resmi Laman Web Balai Ibadat Kampong Sengkarai, Tutong pada hari Ahad,17hb JamadilAwal 1420h bersamaan dengan 29hb.Ogos,1999.

Sebagai tetamu kehormat di majlis tersebut, beliau menambah lagi, dalam menuju ke alaf baru, masjid masjid, surau dan balai ibadat juga mestilah mengikut perkembangan teknologi agar tidak ketinggalan dalam mengikut arus teknologi masa kini melalui teknologi maklumat( internet). Masjid masjid, surau dan balai ibadat bukan sahaja tempat untuk beribadat bahkan ia juga merangkumi di dalam semua bidang termasuklah penyebaran maklumat mengenai hal ehawal keugamaan dan lain lain pengetahuan yang bermanfa'at untuk umat Islam.

Terdahulu sebelum itu, Pengerusi Majlis, Hj Mohd Aidil Sufian Bin Mohd.Yassin, Imam Balai Ibadat Kampong Sengkarai, dalam kata kata aluan beliau menerangkan bahawa laman Web ini adalah satu satunya laman web yang pertama di negara Brunei Darussalam bagi Kategori Surau dan Balai Ibadat seluruh negara, dan merupakan laman web yang kedua selepas laman web Masjid Kampung Bunut. Beliau yang juga pengedali utama laman web tersebut mengariskan beberapa ruang yang dimuatkan di dalam web berkenaan. Antaranya:

  • Sejarah dan perkembangan Balai Ibadat Kampung Sengkarai Tutong dari tahun 50an hingga sekarang.

  • Kegiatan kegiatan takmir.

  • Ahli ahli Jawatankuasa Takmir

  • Ruang KISAH DAN TELADAN

Ruang gambar gambar menarik yang memperlihatkan kebesaran Allah S.W.T.

Alamat laman web Balai Ibadat Kampung Sengkarai Tutong: http://www.sengkarai.com (alamat laman web pertama / di-tutup pada Jun 2005), 
sekarang http://www.sengkaraiweb.com (bermula Jun 2006)


Sembahyang berjemaah mengwujudkan hubungan kekeluargaan yang lebih kukuh dan harmoni.

Bengkel sembahyang berjemaah adalah bertujuan bagi menghidupkan kepimpinan dalam berkeluarga dengan menggalakkan ketua rumahtangga sembahyang berjemaah dan seterusnya menjadi imam kepada anak dan isteri di rumah. Denagn berbuat demikain kita akan dapat menghidupkan kepimpinan dalam rumahtangga dan seterusnya mengwujudkan hubungan kekeluargaan yang lebih kukuh dan harmoni melalui sembahyang berjemaah. Tetamu Kehormat,Yang Mulia Pengiran Haji Yusof Bin Pg.Kula Setiausaha Tetap KHEU, berucap demikian di majlis Pelancaran Resmi Laman Website dan penyampaian sijil bengkel sembahyang berjemaah Balai Ibadat Kampong Sengkarai, Tutong pada hari Ahad, 29hb.Ogos,1999.

Tambah beliau lagi, sembahyang berjemaah itu adalah merupakan kesempatan yang paling utama bagi ketua keluarga menujukkan contoh teladan yang baik kepada anak anak. Dengan kata lain, kepimpinan melalui teladan. Di samping mendapatkan kelebihan pahala yang berlipat ganda dari Allah S.W.T.sebagaimana sabda Rasuullah s.a.w. yang bermaksud " Sembahyang berjemaah itu lebih utama daripada sembahyang bersendirian dengan 27 darjat atau pahala" Dengan adanya bengkel seperti ini akan dapat memberi keyakinan dan membantu para jemah yang tidak berkesempatan untuk berjemaah di Masjid akan dapat berjemaah bersama keluarga masing masing.

Dalam suasana kita menghadapi era globalisasi abad ke 21, beliau berharap bengkel sumpama ini seharusnya diteruskan dan dikekalkan dari masa kemasa kerana usaha sedemikian akan dapat membantu usaha Kerajaan dalam membentuk sebuah masyarakat yang berdisiplin bersatu padu dan harmoni.

Seramai 30 jemaah Kg.Sengkarai yang telah mengikuti bengkel tersebut menerima sijil masing masing.

Berita Oleh:
HMYusof Yassin

Sekitar Majlis Pelancaran Resmi Laman Web
Balai Ibadat Kampong Sengkarai Tutong

Ketibaan Pengiran Dato Paduka Hj Mohd Yusof Bin Pengiran Kula, di junjung oleh pegawai masjid.
tetamu kehormat dan para jemputan mendengar kata alu2an oleh pengerusi majlis
jemaah dan penduduk kampong sama-sama hadir di majlis pelancaran laman web Balai Ibadat Kampong Sengkarai di anta para jemputan yang hadir sedang mendengar ucapan tetamu kehormat majlis
sesuatu yang sedang di bincangkan oleh tetamu kehormat dengan pengerusi majlis pengerusi majlis memberi ucapan alu2an
tetamu kehorrmat berkesudian memberi ucapan dan seterusnya melancarkan laman web Balai Ibadat Kampong Sengkarai Tutong.
salah seorang jemaah menerima sijil keluarga bahagia dari tetamu kehormat.
sebagai peringatan, pengerusi memberi cendermata kepada tetamu kehormat. [Picture] tetamu kehormat mendengar taklimat daripada Hj Sufri Bin Hj Yudan mengenai dengan Laman Web yang baru di lancarkan tetamu kehormat dan jemputan mendengar taklimat yang di berikan
Hj Sufri memberi taklimat laman web Balai Ibadat Kampong Sengkarai Tutong. pengerusi memberi penerangan kepada tetamu kehormat mengenai dengan pameran yang di adakan
hasil-hasil kerja yang terdapat di Balai Ibadat Kampong Sengkarai juga tidak ketinggalan menarik perhatian tetamu kehormat.

gambar kenang-kenangan bersama tetamu kehormat dan para jemputan

 

 

 
  © Copyright 2006 All Rights Reserved. Hak Cipta Terpelihara. sengkaraiweb.com