|
PERKHIDMATAN- PERKHIDMATAN
BALAI IBADAT KAMPONG SENGKARAI TUTONG
1. Akikah - Bagi yang ingin membeli kambing sebagai
akikah, Sila
hubungi Pegawai Masjid
Balai Ibadat Kampong Sengkarai Tutong.
Harga se ekor kambing B$250.00,
Perkhidmatan juga di sediakan untuk menyembelih, melapah &
menghantar ke rumah
( Cuma tambah B$20.00(kawasan Tutong) = B$270.00 )
Untuk keterangan lanjut sila hubungi:-
Pegawai Masjid
Balai Ibadat Kampong Sengkarai Tutong.
2.
Majlis Dikir Pasukan Dikir
Pasukan
dikir Balai Ibadat Kampong Sengkarai Tutong, mempunyai seramai 17
orang ahli. Pasukan dikir ini sering di jemput untuk menghadiri
majlis-majlis perkahwinan, mandi berlawat, doa selamat dan
sebagainya. Adalah di hasratkan supaya lebih ramai khususnya para
belia untuk menyertai pasukan dikir ini bagi sama-sama turut serta
dalam aktiviti masyarakat.
Kepada
sesiapa yang ingin memerlukan khidmat dikir, terlebih dahulu
hendaklah berjumpa terus dengan pegawai-pegawai masjid dengan
menyatakan:-
Nama
, Tempat , Masa , Majlis dengan jelas dan terang.

3. Majlis
Bertahlil Dan Doa Selamat - Majlis
tahlil dan doa selamat yang akan di adakan hendaklah memberitahu
kepada pegawai-pegawai masjid sekurang-kurang tiga hari sebelum
majlis bagi mengelakan bertembungnya dengan aktiviti-aktiviti takmir
atau terdapatnya dua atau tiga buah rumah yang mengadakan majlis
yang sama.

4. Fardu
Kifayah - Memandangkan
fardhu kifayah ini sangat penting jika ada satu-satu kematian, pihak
kami sangat-sangatlah memerlukan kerjasama daripada semua, jika
berlaku kematian, hendaklah di beritahu kepada pegawai-pegawai
masjid, Pegawai masjid akan menghubungi pegawai-pegawai masjid dari
masjid yang lain supaya akan turut sama menguruskan jenazah.
Peralatan
sangatlah penting, bagi memudahkan segala urusan, memandangkan pihak
kami sudah mempunyai segala peralatan menguruskan jenazah, maka
boleh lah terus sahaja mendapatkannya dari Balai Ibadat Kampong
Sengkarai Tutong.

5. Majlis
Akad Nikah -
Perkhidmatan Jurunikah.
-
Sebelum
pasangan hendak melangsungkan pernikahan terlebih dahulu mereka
membuat satu permohonan untuk bernikah di Pejabat Hal Ehwal
Ugama di Daerah masing-masing.
-
Setelah
permohonan di isi dengan lengkap, dan kebenaran telah di beri
oleh Hakim Syari'e, pemohon bolehlah menghubungi juru-juru nikah
yang bertauliah untuk menikahkan mereka.
-
Bagi
Daerah Tutong, bolehlah menghubungi juru-juru nikah seperti di
bawah ini:-
Imam Haji Mohd Aidil Sufian -
aghni3010@hotmail.com
Imam Haji Hamafi Bin Mohd Yassin - Masjid Kampong Lubok Pulau.
Imam Haji Junadi Bin Haji Abu Bakar - Masjid Kampong Telisai.
Imam Haji Alias Bin Taha - Masjid Kampong Telisai.
Imam Haji Haslan Bin Haji Shahbudin - Masjid Kampong Danau.
Imam Haji Gapor Bin Mohammad - Masjid Kampong Bukit Panggal.
Imam Haji Masri Bin Mohammad - Masjid Kampong Sinaut.
Imam Haji Mohd Deli Bin Haji Raya - Masjid Kampong Layong.
Perlu
di ingat untuk menghubungi juru-juru nikah 2 minggu sebelum
majlis akad nikah.
|