sejarah pegawai khidmat takmir web  

buku lawatan

 
 eMail

  tell a friend to visit
 sebarkan

info:

Temburong.

The call of a proboscis monkey. The thrill of a speedboat cutting through jungle waters. Unspoiled. Untamed. Unbelievable.Early European explorers told tales of the exotic wonders found on the island of Borneo. Rare orchids with blooms as large as dinner plates. Elusive monkeys with long, curved noses. Rivers that snake through uncharted forests. And green, verdant shades never before seen. This is Temburong, and all it beholds the adventurous traveller today.Temburong is a living tribute to Brunei’s dedication to preserving one of the world’s most diverse ecosystems. The Ulu Temburong National Park offers visitors a peek at a world untouched by man, from above or below the forest canopy. The simple culture of the Bornean longhouse community can also be seen  a complete and unforgettable Borneo experience.

KAMPONG SENGKARAI

Pendahuluan

 

Kampong Sengkarai termasuk di dalam kawasan Mukim Pekan Tutong. Di kampung ini terdapat sebuah pantai yang diberi nama Pantai Seri Kenangan, terletak lebih kurang dua kilometer dari Pekan Tutong. Pantai ini mempunyai keunikannya tersendiri iaitu di sebelah kiri terletak Sungai Tutong dan di sebelah kanannya pula Laut China Selatan. Keramaian penduduknya lebih kurang 2,420 orang yang terdiri daripada Puak Tutong, Brunei dan lain-lain. Majoriti penduduk awal yang tinggal di kampung ini berasal dari Kampong Kandang yang terletak di Kampong Serambangun. Penduduk di kampung tersebut berpindah ke Kampong Sengkarai apabila penyakit taun melanda kampung berkenaan. Perkembangan di kampung tersebut bermula dalam tahun 1940an dan makin giat berkembang sehingga ke hari ini, yang mana di kampung tersebut terdapat 226 buah rumah persendirian, 30 buah rumah kerajaan, sebuah rumah persinggahan kerajaan, 28 buah flat, 3 buah rumah buruh, 3 buah rumah kedai, 3 buah kilang papan, 1 taman permainan, 1 taman rekreasi yang terdapat di Pantai Seri Kenangan, sebuah tamu, 2 buah blok bangunan, sebuah kedai koperasi dan 7 buah kedai makan. Penduduk kampung ini juga bergiat aktif dengan menubuhkan sebuah persatuan yang dinamakan Persatuan Melayu Sengkarai, Tutong.

 

 

Asal Usul Kampong Sengkarai

 

Menurut salah seorang penduduk Kampong Sengkarai, nama Kampong Sengkarai berasal dari sebuah perahu yang dinamakan 'Sang Garai' yang dibuat oleh penduduk kampung pada zaman dahulu. Kisahnya bermula di akhir tahun 1800, ketika serangan ayau melanda Kampong Sengkarai yang menyebabkan penduduk kampung tersebut terasa terancam. Dalam Usaha untuk melepaskan diri dari ancaman itu, penduduk kampung bermesyuarat dan mengambil kata sepakat untuk membuat sebuah perahu yang cukup besar kira-kira empat ke lima rantai panjangnya.

 

 

 

 

Semasa perahu tersebut dibuat, tiga batang pohon binjai telah ditanam bagi menandakan panjang perahu tersebut. Pohon-pohon binjai tersebut ditanam di kedua-dua penghujung perahu dan sepohon lagi di tanam di tengah-tengah perahu berkenaan. Setelah berbulan-bulan lamanya, perahu itu pun siap dan tiba masanya utnuk diturunkan ke sungai. Dengan tenaga lebih seratus orang penduduk kampung cuba untuk mengangkat dan menurunkan perahu tersebut tetapi hairannya perahu itu sedikit pun tidak bergerak dari tempat asalnya walaupun di cuba beberapa kali. Kebetulan ada seorang bomoh yang hadir pada masa itu dan beliau kemudiannya menjampi-jampi perahu tersebut. Setelah selesai dijampi-jampi, orang itu menyuruh penduduk kampung tadi mengangkat dan menurunkan perahu ke sungai, maka dengan mudah saja mereka dapat melakukannya. Akhirnya penduduk kampung menamakan perahu tersebut Sang Garai iaitu nama seekor binatang yang gagah dan sangat ditakuti oleh manusia pada ketika itu. Rupa bentuk Sang Garai itu mereka letakkan di hadapan perahu bagi menakutkan musuh dalam peperangan ayau yang sering berlaku pada waktu itu. Bagi memperingati nama perahu tersebut, penduduk kampung telah menamakan kampung berkenaan sebagai Kampong Sang Garai yang akhirnya kekal hingga sekarang dengan panggilan Sengkarai.

Ada juga berpendapat, pada masa dahulu ada sebatang sungai yang menjadi pengkalan bagi penduduk kampung turun naik membawa barang jualan dan tempat mereka mengadakan urus niaga. Tempat ini mereka namakan sebagai 'Garai'. Di garai ini ada seorang pennjual bernama 'Sang' yang terkenal dengan barang-barang jualannya. Dari hari kesehari penduduk kampung menyebut nama 'Sang' dengan di kaitkan nama 'Garai' sehingga kedua nama tersebut disatukan menjadi 'Sang Garai' bagi memudahkan mereka menyebutnya.

 

Menurut beberapa orang penduduk kampung lagi, nama 'Sang Garai' juga ada dikaitkan dengan nama seseorang yang tinggal berdekatan dengan sungai yang mana sekarang ini di kenali dengan nama sungai Sengkarai. Beliau hanya dikenali dengan nama 'Sang Garai' tetapi tidak diketahui tentang riwayat hidup dan asal usul beliau. (Di petik dari buku 'Puak Tutong Sejarah dan Perkembangan Awal Sosio-Budaya' - ©PUSAT SEJARAH BRUNEI, 2002)            kembali

 
  © Copyright 2006 All Rights Reserved. Hak Cipta Terpelihara. sengkaraiweb.com